Skip to main content

Selamat Berpindah Cikgu Khairul

Setelah perpindahan dua orang guru SK Pulau Tinggi pada bulan Jun yang lepas, iaitu Encik Faizai dan Encik Raof, kini tibalah giliran Encik Khairul mengikuti jejak langkah mereka berdua. Setelah menabur bakti di SK Pulau Tinggi selama lebih kurang 9 tahun (Januari 2008 - Disember 2016), Encik Khairul akhirnya berpindah juga. Sesungguhnya, warga SK Pulau Tinggi kehilangan seorang lagi permata yang disanjungi, dan dikasihi. Bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada beliau. Semoga beliau mampu mengorak langkah kejayaan dalam bidang yang diceburi. Terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan di bumi Pulau Tinggi yang tercinta ini.

Sehubungan itu, sempena Majlis Anugerah Cemerlang, Graduasi Tahun 6 dan Penghargaan Perkhidmatan, pihak sekolah menyediakan slot khas bagi meraikan perpindahan beliau.
Persembahan khas daripada anak-anak didik SK Pulau Tinggi buat yang dirai. Tampak sugul persembahan mereka kerana sudah merasai kehilangan insan yang mereka kasihi ...


Ucapan / Mandat / Amanat terakhir daripada yang dirai. Titisan-titisan jernih berguguran mengiringi ucapannya untuk terakhir kali buat warga Kampung Tanjung Balang, khususnya anak-anak didik yang dikasihi. 

Penyampaian cenderamata daripada Tuan Guru Besar, Encik N Aniham buat yang dirai, serta upacara menyuap pulut kuning buat yang dirai oleh Tuan Guru Besar dan Yang DiPertua PIBG sekolah, Encik Rahaman. Pihak penganjur memohon kemaafan kerana terlupa menyediakan sudu. Apa yang ada hanyalah senduk. Harap maaf ...
Kasih seorang guru terhadap anak-anak didiknya. Hujan air mata yang mengalir di pipi anak-anak didik ini menunjukkan betapa cinta dan kasihnya mereka terhadap seorang insan yang sudah banyak menabur bakti ini. Sesungguhnya, setiap senyuman bisa terukir buat insan yang tidak dikenali, namun setiap titisan air mata yang berguguran hanyalah untuk insan yang tersayang ...

Komuniti Kg Tanjung Balang, Pulau Tinggi ini juga amat merasa kehilangan dengan perpindahan yang dirai ...










Comments

Popular posts from this blog

Sambutan Hari Guru SK Pulau Tinggi 2024

 Khamis, 16 Mei 2024. Hari ini merupakan hari gembira bagi semua guru diseluruh negara. SK Pulau Tinggi juga turut meraikan Sambutan Hari Guru bersama murid-murid SK Pulau Tinggi. Sambutan Hari Guru pada tahun ini bertemakan "Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani". Majlis pada hari ini disempurnakan dengan bacaan teks perutusan hari guru daripada Menteri Pendidikan Malaysia , YB Fadhlina Binti Sidek yang telah disampaikan oleh Encik Othman Bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi. Kemudian diteruskan lagi dengan bacaan teks perutusan hari guru daripada Tuan Haji Azman Bin Haji Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, yang telah disampaikan oleh Encik Ahmad Shahir Bin Shafie, GPK Pentadbiran SK Pulau Tinggi. Sambutan Hari Guru pada kali ini dengan tema pakaiannya "Haiwan Comel Ku Sayang" telah memeriahkan lagi suasana pada hari ini. Kegembiraan guru-guru turut dikongsikan bersama anak-anak murid yang disayangi dengan acara sukaneka dan jamuan makan. Pembukaan Ma...

Kejohanan Bola Sepak 5 vs 5

 Sabtu - 19 Oktober 2024. SK Pulau Tinggi telah menghantar penyertaan ke Kejohanan Bola Sepak 5vs5 yang telah berlangsung di SK Tenglu, Mersing, Johor. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama buat pasukan bola sepak SK Pulau Tinggi. Pasukan sekolah yang diketuai oleh adik Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 4) tidak berjaya mendapat tempat ke slot seterusnya.  Pada perlawanan pertama. SK Pulau Tinggi menentang pasukan SK Tenglu dan tewas tipis 1 berbalas 0. Manakala pada perlawanan yang kedua, SK Pulau Tinggi telah bertemu dengan pasukan SK Al-Taqwa dan berjaya menewaskan pasukan tersebut dengan 5 berbalas 1 jaringan. Pada perlawanan ketiga, pasukan sekolah terikat jaringan 1 berbalas 1 dengan pasukan daripada SK Tg Resang. Perlawanan yang keempat SK Pulau Tinggi telah tewas besar apabila bertemu dengan pasukan daripada SK  Tenggaroh 4 iaitu dengan jaringan 4 berbalas 0 jaringan. Pihak sekolah dan unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi, mengucapkan tahniah kepada kesemua p...

Majlis Khatam Al-Quran Pulau Tinggi 2024

 Jumaat - 4 Oktober 2024. Jawatankuasa Pengurusan Pulau Tinggi dengan kerjasama Sekolah Agama Pulau Tinggi dan Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah melaksanakan program Khatam Al-Quran bagi tahun 2024. Seramai 7 orang peserta khatam Al-Quran yang menyertai program pada kali ini, iaitu: 1. Muhammad Hazri 2. Nur Khadijah 3. Nurul Alya Farezha 4. Nur Mieya Soffia 5. Putri Ummairah 6. Ahmad Faiz 7. Nur Aliesya Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada kesemua peserta yang telah berjaya khatam Al-Quran dan semoga dengan adanya program seperti ini dapat menyuntik semangat cintakan Al-Quran dan secara tidak langsung melahirkan generasi Al-  Quran pada masa akan datang. Persembahan Nasyid