Skip to main content

Selamat Datang Cikgu Zakirin

Pada 15 Ogos 2016 yang lepas, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menerima seorang guru baharu. Pihak sekolah berbesar hati menerima kehadiran beliau.


Guru baharu yang mendaftar di Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi ini bernama Encik Muhammad Khairulzakirin Bin Mohd Yusof. Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Matematik / Bahasa Inggeris / Pendidikan Jasmani dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Sarawak dan baru sahaja menamatkan pengajiannya pada November 2015. Beliau berasal dari Endau, Johor.

Encik Zakirin, berkemeja biru gelap sedang beramah mesra dengan Encik Md Jais Bin Samat (Pegawai Pendidikan Daerah Mersing) semasa Sesi Pendaftaran dan Taklimat Penempatan di Pejabat Pendidikan Daerah Mersing.

Encik Zakirin semasa lawatan ke Pulau Sibu sempena Program Kembara Jelajah Pulau


Pihak sekolah mengharapkan agar dengan kehadiran Encik Zakirin di SK Pulau Tinggi dapat membantu meningkatkan pencapaian prestasi sekolah dalam pelbagai bidang khususnya bidang akademik dan kokurikulum. Akhir kata, selamat bertugas Cikgu Zakirin.

Comments

  1. Wow.....tahniah cikgu baharu.... -aefitbentuah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cikgu tuah. Tahniah juga buat sk pulau aur kerana menerima 2 orang guru baharu. (^_^)Y

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sambutan Hari Guru SK Pulau Tinggi 2024

 Khamis, 16 Mei 2024. Hari ini merupakan hari gembira bagi semua guru diseluruh negara. SK Pulau Tinggi juga turut meraikan Sambutan Hari Guru bersama murid-murid SK Pulau Tinggi. Sambutan Hari Guru pada tahun ini bertemakan "Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani". Majlis pada hari ini disempurnakan dengan bacaan teks perutusan hari guru daripada Menteri Pendidikan Malaysia , YB Fadhlina Binti Sidek yang telah disampaikan oleh Encik Othman Bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi. Kemudian diteruskan lagi dengan bacaan teks perutusan hari guru daripada Tuan Haji Azman Bin Haji Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, yang telah disampaikan oleh Encik Ahmad Shahir Bin Shafie, GPK Pentadbiran SK Pulau Tinggi. Sambutan Hari Guru pada kali ini dengan tema pakaiannya "Haiwan Comel Ku Sayang" telah memeriahkan lagi suasana pada hari ini. Kegembiraan guru-guru turut dikongsikan bersama anak-anak murid yang disayangi dengan acara sukaneka dan jamuan makan. Pembukaan Ma...

Kejohanan Bola Sepak 5 vs 5

 Sabtu - 19 Oktober 2024. SK Pulau Tinggi telah menghantar penyertaan ke Kejohanan Bola Sepak 5vs5 yang telah berlangsung di SK Tenglu, Mersing, Johor. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama buat pasukan bola sepak SK Pulau Tinggi. Pasukan sekolah yang diketuai oleh adik Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 4) tidak berjaya mendapat tempat ke slot seterusnya.  Pada perlawanan pertama. SK Pulau Tinggi menentang pasukan SK Tenglu dan tewas tipis 1 berbalas 0. Manakala pada perlawanan yang kedua, SK Pulau Tinggi telah bertemu dengan pasukan SK Al-Taqwa dan berjaya menewaskan pasukan tersebut dengan 5 berbalas 1 jaringan. Pada perlawanan ketiga, pasukan sekolah terikat jaringan 1 berbalas 1 dengan pasukan daripada SK Tg Resang. Perlawanan yang keempat SK Pulau Tinggi telah tewas besar apabila bertemu dengan pasukan daripada SK  Tenggaroh 4 iaitu dengan jaringan 4 berbalas 0 jaringan. Pihak sekolah dan unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi, mengucapkan tahniah kepada kesemua p...

Majlis Khatam Al-Quran Pulau Tinggi 2024

 Jumaat - 4 Oktober 2024. Jawatankuasa Pengurusan Pulau Tinggi dengan kerjasama Sekolah Agama Pulau Tinggi dan Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah melaksanakan program Khatam Al-Quran bagi tahun 2024. Seramai 7 orang peserta khatam Al-Quran yang menyertai program pada kali ini, iaitu: 1. Muhammad Hazri 2. Nur Khadijah 3. Nurul Alya Farezha 4. Nur Mieya Soffia 5. Putri Ummairah 6. Ahmad Faiz 7. Nur Aliesya Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada kesemua peserta yang telah berjaya khatam Al-Quran dan semoga dengan adanya program seperti ini dapat menyuntik semangat cintakan Al-Quran dan secara tidak langsung melahirkan generasi Al-  Quran pada masa akan datang. Persembahan Nasyid