Skip to main content

Sambutan Maulidur Rasul 2016 Peringkat Pulau Tinggi



Di Pulau Tinggi, setiap tahun sambutan maulidur Rasul disambut bersama- sama iaitu melibatkan Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi, JKKK Pulau Tinggi dan Sekolah Agama Pulau Tinggi. Cuma giliran pengurusan atau penganjuran itu yang berubah setiap tahun. Setelah bermesyuarat bersama orang kampung, semuanya sepakat untuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul 2016 pada 8 hingga 9 Mac 2016. Tahun ini adalah giliran Sekolah Agama Pulau Tinggi untuk menguruskan atau menganjurkan sambutan maulidur Rasul peringkat Pulau Tinggi. Walaupun sambutan pada tahun ini adalah kelolaan Sekolah Agama Pulau Tinggi, tetapi kerjasama pihak Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi dan JKKK Pulau Tinggi juga tetap ada bagi meringankan beban sekolah agama sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga kerja SK Pulau Tinggi dengan penduduk kampung dan warga kerja Sekolah Agama Pulau Tinggi.
Acara bermula pada sebelah petang 8 Mac 2016 dengan pertandingan mewarna terbuka. Ramai orang kampung, kanak-kanak dan guru-guru SK Pulau Tinggi menyertai pertandingan ini.

collage 1 maulud

Kemudian, pada acara disambung pada sebelah malam, dengan pelbagai pertandingan seperti, hafazan, tilawah Al-Quran, bacaan khutbah, laungan azan dan deklamasi sajak.

collage 2 maulud

Acara seterusnya disambung pada keesokan harinya. Pada awal pagi 9 Mac 2016 semua orang kampung dan guru-guru berkumpul di Chalet Tok Mok untuk perarakan ke masjid. Perarakan diketuai oleh Guru Besar Sekolah Agama Pulau Tinggi iaitu, Ustaz Azan.

collage 3 maulud
Setibanya di Masjid ArRahman Pulau Tinggi, program diteruskan dengan pelbagai aktiviti seperti berzanji, forum perdana ehwal Islam, persembahan nasyid, cabutan bertuah dan penyampaian hadiah.
collage 4 mauludcollage 5 mauludcollage 6 maulud

Terlampau banyak gambar yang dapat kami rakam atau ambil semasa program Sambutan Maulidur Rasul ini.
Namun, kami hanya dapat kongsikan segelintir sahaja untuk tatapan kalian. Sememangnya sambutan Maulidur Rasul di Pulau Tinggi sentiasa meriah setiap tahun. Hal ini kerana sifat ingin bekerjasama dalam kalangan guru-guru dan orang kampung itu tidak pernah luntur. Semoga hubungan persaudaraan antara guru-guru dan komuniti Pulau Tinggi ini akan terus erat dan kekal buat selamanya.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing

 Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...

Kejohanan Bola Sepak 5 vs 5

 Sabtu - 19 Oktober 2024. SK Pulau Tinggi telah menghantar penyertaan ke Kejohanan Bola Sepak 5vs5 yang telah berlangsung di SK Tenglu, Mersing, Johor. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama buat pasukan bola sepak SK Pulau Tinggi. Pasukan sekolah yang diketuai oleh adik Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 4) tidak berjaya mendapat tempat ke slot seterusnya.  Pada perlawanan pertama. SK Pulau Tinggi menentang pasukan SK Tenglu dan tewas tipis 1 berbalas 0. Manakala pada perlawanan yang kedua, SK Pulau Tinggi telah bertemu dengan pasukan SK Al-Taqwa dan berjaya menewaskan pasukan tersebut dengan 5 berbalas 1 jaringan. Pada perlawanan ketiga, pasukan sekolah terikat jaringan 1 berbalas 1 dengan pasukan daripada SK Tg Resang. Perlawanan yang keempat SK Pulau Tinggi telah tewas besar apabila bertemu dengan pasukan daripada SK  Tenggaroh 4 iaitu dengan jaringan 4 berbalas 0 jaringan. Pihak sekolah dan unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi, mengucapkan tahniah kepada kesemua p...

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK PULAU TINGGI 2024

 RABU- 20 November 2024. Unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan bagi tahun 2024. Seramai 24 orang peserta daripada rumah sukan Merah dan Biru bersaing secara sihat dalam kejohanan pada kali ini. Puan Ros sana binti Hussien, Ketua Kampung Pulau Tinggi, telah merasmikan majlis pada pagi ini. Antara acara yang dipertandingkan adalah: acara padang: 1. Lompat Tinggi 2. Lompat Jauh 3. Lontar Peluru acara balapan: 1. 50 meter 2. 100 meter 3. 4x50 meter 4. 4x100 meter Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya merangkul pingat emas pada kejohanan hari ini. Yang tidak berjaya jangan mudah berputus asa, dan buat yang terbaik pada masa yang akan datang.  Acara Padang : Lompat Jauh, Lompat Tinggi & Lontar Peluru Acara Balapan Gambar perjalanan majlis Bacaan Ikrar kejohanan Oleh Mohamad Arash Amsyar bin Ismail Lintasan Perbarisan Kontigen Rumah Sukan Majlis Penutup penyampaian Hadiah