Pada 16 Mei 2016 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Tema hari guru pada tahun ini ialah Guru Pembina Negara Bangsa.
Gimik pelancaran Majlis Sambutan Hari Guru, puzzle poster guru-guru SK Pulau Tinggi
Banner yang ringkas sahaja, hasil daripada kreativiti para guru
Pendaftaran para tetamu.
Pengurus teknikal, Encik Hamzi dan pengacara majlis, Encik Raqib
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Bangsa Johor, Mersing Hebat dan SK Pulau Tinggi
Bacaan doa oleh Ustaz Shahir
Ucapan alu-aluan oleh wakil murid, saudari Hasmidah
Ucapan perutusan Menteri Pendidikan Malaysia yang dibacakan oleh Tuan Guru Besar, Encik N. Aniham
Ucapan perasmian oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Rahaman Ali
Bacaan ikrar oleh guru-guru SK Pulau Tinggi yang diketuai Encik Mad Faizai
Persembahan nyanyian lagu 'Kami Guru Malaysia" oleh para guru
Persembahan murid-murid
Penyampaian cenderamata Hari Guru kepada guru-guru oleh Encik Rahaman
Penyampaian cenderamata kepada staf-staf sokongan oleh Encik Khairul (GPK Pentadbiran)
Penyampaian hadiah kepada murid-murid oleh Tuan Guru Besar
Penyampaian cenderahati kepada YDP PIBG oleh Tuan Guru Besar
Upacara memotong kek
Para tetamu dan guru-guru menikmati jamuan yang disediakan
Acara sukaneka : Boling padang
Acara sukaneka : Susun tin
Acara sukaneka : Belon kasih-sayang
Acara sampingan (Khas untuk kanak-kanak sahaja) : Rebut gula-gula
Acara sukaneka : Mencari harta karun
Acara sampingan : Penyampaian hadiah cabutan bertuah oleh Encik Zammari, Imam Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi
Hadiah buat pemenang, disampaikan oleh Tuan Guru Besar
Alhamdulillah, pihak sekolah memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi, kerana dengan izin-Nya, majlis sambutan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pihak sekolah juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada komuniti Kampung Tanjung Balang yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama meraikan majlis sambutan ini. Tidak lupa juga kepada Encik Megat, juru gambar yang sudi merakamkan detik-detik bersejarah ini.
Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...
Sabtu - 19 Oktober 2024. SK Pulau Tinggi telah menghantar penyertaan ke Kejohanan Bola Sepak 5vs5 yang telah berlangsung di SK Tenglu, Mersing, Johor. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama buat pasukan bola sepak SK Pulau Tinggi. Pasukan sekolah yang diketuai oleh adik Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 4) tidak berjaya mendapat tempat ke slot seterusnya. Pada perlawanan pertama. SK Pulau Tinggi menentang pasukan SK Tenglu dan tewas tipis 1 berbalas 0. Manakala pada perlawanan yang kedua, SK Pulau Tinggi telah bertemu dengan pasukan SK Al-Taqwa dan berjaya menewaskan pasukan tersebut dengan 5 berbalas 1 jaringan. Pada perlawanan ketiga, pasukan sekolah terikat jaringan 1 berbalas 1 dengan pasukan daripada SK Tg Resang. Perlawanan yang keempat SK Pulau Tinggi telah tewas besar apabila bertemu dengan pasukan daripada SK Tenggaroh 4 iaitu dengan jaringan 4 berbalas 0 jaringan. Pihak sekolah dan unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi, mengucapkan tahniah kepada kesemua p...
RABU- 20 November 2024. Unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan bagi tahun 2024. Seramai 24 orang peserta daripada rumah sukan Merah dan Biru bersaing secara sihat dalam kejohanan pada kali ini. Puan Ros sana binti Hussien, Ketua Kampung Pulau Tinggi, telah merasmikan majlis pada pagi ini. Antara acara yang dipertandingkan adalah: acara padang: 1. Lompat Tinggi 2. Lompat Jauh 3. Lontar Peluru acara balapan: 1. 50 meter 2. 100 meter 3. 4x50 meter 4. 4x100 meter Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya merangkul pingat emas pada kejohanan hari ini. Yang tidak berjaya jangan mudah berputus asa, dan buat yang terbaik pada masa yang akan datang. Acara Padang : Lompat Jauh, Lompat Tinggi & Lontar Peluru Acara Balapan Gambar perjalanan majlis Bacaan Ikrar kejohanan Oleh Mohamad Arash Amsyar bin Ismail Lintasan Perbarisan Kontigen Rumah Sukan Majlis Penutup penyampaian Hadiah
Comments
Post a Comment