Skip to main content

Program Marhaban Peringkat Sekolah 2016

Program Marhaban sudah menjadi salah satu acara yang wajib tahunan dilaksanakan oleh komuniti Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi. Program ini diadakan di setiap malam sepanjang bulan Syawal setiap tahun. Justeru, pihak sekolah juga tidak ketinggalan untuk turut serta mengikuti program komuniti ini. Program seperti ini sememangnya mampu mengeratkan hubungan yang baik antara komuniti Pulau Tinggi dan warga sekolah secara amnya. 

     Sebelum pelaksanaan program tersebut, warga sekolah telah mengadakan mesyuarat bagi menentukan jawatankuasa pelaksana, tarikh, masa, aturcara majlis dan menu makanan. Hasil daripada perbincangan tersebut, pihak sekolah telah mencapai kata sepakat bagi beberapa perkara berikut:-

                                        Tarikh                : 19 Julai 2016 (Selasa)
                                         Masa                 : 09.00 - 10.30 malam
                                         Tempat              : Dewan Terbuka SK Pulau Tinggi
                                         Aturcara majlis : - Ketibaan tetamu
                                                                    - Bacaan selawat (marhaban)
                                                                   - Ucapan ringkas ketua rombongan marhaban & tuan rumah                                                                         (guru besar)
                                                                   - Jamuan dan bersurai

Warga SKPT amat beruntung kerana walaupun cikgu-cikgunya semua lelaki, tetapi pandai memasak. Jika mengendalikan majlis-majlis seperti ini, memang tidak menjadi masalah buat mereka. Gambar atas, Ustaz Shahir dan Ustaz Fazuli sedang sibuk menyediakan juadah






Biskut raya, sumbangan daripada pengusaha kantin dan komuniti Kampung Tanjung Balang

Ahli rombongan memulakan acara marhaban
Komuniti wanita juga tidak ketinggalan untuk turut serta menjayakan program ini

Ahli rombongan marhaban menjamu selera.






Bestfriend Forever katanya, Tuan Guru Besar (Encik N.) dan YDP PIBG (Encik Rahaman @ Tok Mok)




Jejaka berbaju melayu ungu inilah juru gambar kami, Cikgu Megat. 

Setelah selesai majlis


Akhir kata, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga kerja dan komuniti Kampung Tanjung Balang yang turut sama menjayakan penganjuran program ini. Pihak sekolah memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang berlangsungnya program ini. Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing

 Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...

Kejohanan Bola Sepak 5 vs 5

 Sabtu - 19 Oktober 2024. SK Pulau Tinggi telah menghantar penyertaan ke Kejohanan Bola Sepak 5vs5 yang telah berlangsung di SK Tenglu, Mersing, Johor. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama buat pasukan bola sepak SK Pulau Tinggi. Pasukan sekolah yang diketuai oleh adik Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 4) tidak berjaya mendapat tempat ke slot seterusnya.  Pada perlawanan pertama. SK Pulau Tinggi menentang pasukan SK Tenglu dan tewas tipis 1 berbalas 0. Manakala pada perlawanan yang kedua, SK Pulau Tinggi telah bertemu dengan pasukan SK Al-Taqwa dan berjaya menewaskan pasukan tersebut dengan 5 berbalas 1 jaringan. Pada perlawanan ketiga, pasukan sekolah terikat jaringan 1 berbalas 1 dengan pasukan daripada SK Tg Resang. Perlawanan yang keempat SK Pulau Tinggi telah tewas besar apabila bertemu dengan pasukan daripada SK  Tenggaroh 4 iaitu dengan jaringan 4 berbalas 0 jaringan. Pihak sekolah dan unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi, mengucapkan tahniah kepada kesemua p...

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK PULAU TINGGI 2024

 RABU- 20 November 2024. Unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan bagi tahun 2024. Seramai 24 orang peserta daripada rumah sukan Merah dan Biru bersaing secara sihat dalam kejohanan pada kali ini. Puan Ros sana binti Hussien, Ketua Kampung Pulau Tinggi, telah merasmikan majlis pada pagi ini. Antara acara yang dipertandingkan adalah: acara padang: 1. Lompat Tinggi 2. Lompat Jauh 3. Lontar Peluru acara balapan: 1. 50 meter 2. 100 meter 3. 4x50 meter 4. 4x100 meter Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya merangkul pingat emas pada kejohanan hari ini. Yang tidak berjaya jangan mudah berputus asa, dan buat yang terbaik pada masa yang akan datang.  Acara Padang : Lompat Jauh, Lompat Tinggi & Lontar Peluru Acara Balapan Gambar perjalanan majlis Bacaan Ikrar kejohanan Oleh Mohamad Arash Amsyar bin Ismail Lintasan Perbarisan Kontigen Rumah Sukan Majlis Penutup penyampaian Hadiah