Skip to main content

Selamat Berpindah Cikgu Faizai

Akhir Mei yang lalu, pihak sekolah telah menerima perkhabaran bahawa permohonan perpindahan Cikgu Faizai dan Cikgu Raof telah diluluskan. Tahniah buat mereka berdua. Bagaimanapun, warga sekolah amat merasai perpindahan mereka berdua. Apatah lagi, bakti dan sumbangan mereka yang banyak kepada sekolah dalam kecemerlangan pelbagai bidang.

14 Jun 2016 merupakan hari terakhir Cikgu Faizai berkhidmat di SK Pulau Tinggi, sebelum memulakan langkah baru ke SK Jeram, Selangor. Walau berat untuk melepaskan beliau, warga sekolah tetap mendoakan kejayaannya di tempat yang baru. Selamat berpindah dan selamat maju jaya buat Cikgu Faizai.

Sedikit info berkaitan Cikgu Jai. Beliau mula berkhidmat di SK Pulau Tinggi pada April 2014 dan berakhir pada Jun 2016. Seterusnya, beliau mula mengorak langkah ke penempatan yang baru di Selangor. 

Warga sekolah bergotong-royong membantu membawa barangan milik Cikgu Faizai


Bergambar kenangan dahulu sebelum berpindah

Warga sekolah bersama-sama mengiringi Cikgu Faizai ke jeti

Amanat terakhir buat anak-anak murid yang disayangi

Dan sesungguhnya, perpisahan itu amat menyakitkan. 











Langkahnya diteruskan lagi menuju ke bot

Menujulah beliau ke Tanjung Leman dan dalam beberapa ketika, lenyaplah beliau daripada pandangan warga sekolah

Comments

Popular posts from this blog

Sambutan Hari Guru SK Pulau Tinggi 2024

 Khamis, 16 Mei 2024. Hari ini merupakan hari gembira bagi semua guru diseluruh negara. SK Pulau Tinggi juga turut meraikan Sambutan Hari Guru bersama murid-murid SK Pulau Tinggi. Sambutan Hari Guru pada tahun ini bertemakan "Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani". Majlis pada hari ini disempurnakan dengan bacaan teks perutusan hari guru daripada Menteri Pendidikan Malaysia , YB Fadhlina Binti Sidek yang telah disampaikan oleh Encik Othman Bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi. Kemudian diteruskan lagi dengan bacaan teks perutusan hari guru daripada Tuan Haji Azman Bin Haji Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, yang telah disampaikan oleh Encik Ahmad Shahir Bin Shafie, GPK Pentadbiran SK Pulau Tinggi. Sambutan Hari Guru pada kali ini dengan tema pakaiannya "Haiwan Comel Ku Sayang" telah memeriahkan lagi suasana pada hari ini. Kegembiraan guru-guru turut dikongsikan bersama anak-anak murid yang disayangi dengan acara sukaneka dan jamuan makan. Pembukaan Ma...

Kejohanan Bola Sepak 5 vs 5

 Sabtu - 19 Oktober 2024. SK Pulau Tinggi telah menghantar penyertaan ke Kejohanan Bola Sepak 5vs5 yang telah berlangsung di SK Tenglu, Mersing, Johor. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama buat pasukan bola sepak SK Pulau Tinggi. Pasukan sekolah yang diketuai oleh adik Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 4) tidak berjaya mendapat tempat ke slot seterusnya.  Pada perlawanan pertama. SK Pulau Tinggi menentang pasukan SK Tenglu dan tewas tipis 1 berbalas 0. Manakala pada perlawanan yang kedua, SK Pulau Tinggi telah bertemu dengan pasukan SK Al-Taqwa dan berjaya menewaskan pasukan tersebut dengan 5 berbalas 1 jaringan. Pada perlawanan ketiga, pasukan sekolah terikat jaringan 1 berbalas 1 dengan pasukan daripada SK Tg Resang. Perlawanan yang keempat SK Pulau Tinggi telah tewas besar apabila bertemu dengan pasukan daripada SK  Tenggaroh 4 iaitu dengan jaringan 4 berbalas 0 jaringan. Pihak sekolah dan unit Kokurikulum SK Pulau Tinggi, mengucapkan tahniah kepada kesemua p...

Majlis Khatam Al-Quran Pulau Tinggi 2024

 Jumaat - 4 Oktober 2024. Jawatankuasa Pengurusan Pulau Tinggi dengan kerjasama Sekolah Agama Pulau Tinggi dan Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah melaksanakan program Khatam Al-Quran bagi tahun 2024. Seramai 7 orang peserta khatam Al-Quran yang menyertai program pada kali ini, iaitu: 1. Muhammad Hazri 2. Nur Khadijah 3. Nurul Alya Farezha 4. Nur Mieya Soffia 5. Putri Ummairah 6. Ahmad Faiz 7. Nur Aliesya Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada kesemua peserta yang telah berjaya khatam Al-Quran dan semoga dengan adanya program seperti ini dapat menyuntik semangat cintakan Al-Quran dan secara tidak langsung melahirkan generasi Al-  Quran pada masa akan datang. Persembahan Nasyid