Khamis - 5 Februari 2026, Kejohanan Merentas Desa Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi tahun 2026 telah berlangsung dengan lancar dan meriah. Acara ini melibatkan seramai 26 orang murid yang terdiri daripada Rumah Sukan Merah dan Rumah Sukan Biru yang berentap dengan penuh semangat kesukanan.
Majlis pelepasan peserta telah disempurnakan oleh En. Mohd Noor Nazri bin Mohd Tumari. Sepanjang kejohanan, murid menunjukkan komitmen dan daya saing yang tinggi dalam menamatkan larian.
Secara keseluruhannya, kejohanan ini berjaya mencapai objektif dalam meningkatkan kecergasan fizikal serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.
Comments
Post a Comment