Pada 25 dan 26 November 2025, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menganjurkan Program Sambil Belajar ke Johor Bahru yang melibatkan murid sasaran dari Tahun 2 hingga Tahun 6. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid terhadap pembelajaran di luar bilik darjah serta menambah pengalaman dan pengetahuan baharu. Rombongan telah bertolak dari Jeti Tanjung Balang pada pukul 9.00 pagi dengan menaiki bot perikanan yang disediakan oleh pihak perikanan. Setibanya di Johor Bahru, destinasi pertama yang dilawati ialah Yayasan Warisan Johor. Di sana, murid-murid berpeluang menyaksikan persembahan tarian zapin serta melihat secara dekat hasil tenunan songket Johor. Lawatan ini memberi pendedahan kepada murid tentang seni budaya dan warisan negeri Johor. Seterusnya, rombongan meneruskan lawatan ke Go JB Chocolate. Murid-murid didedahkan dengan proses pembuatan coklat dan berpeluang belajar secara langsung cara menghasilkan coklat bersama “Cikgu Coklat”. Aktiviti ini amat menarik...