Jumaat, 28 Februari 2025, telah berlangsungnya Program Ihya' Ramadan yang bertempat di kantin SK Pulau Tinggi. Encik Ahmad Shahir bin Shafie, GPK 1 SKPT telah menyempurnakan program pada hari ini. Terdapat pelbagai acara yang telah disediakan oleh penganjur bagi mengimarahkan lagi bulan ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi. antaranya adalah: 1. Tadarus Al-Quran 2. Pertandingan Mewarna 3. Hafazan 4. Majlis Khatam Al-Quran Semoga dengan adanya program seperti ini sedikit sebanyak dapat menjadi asbab buat kita hambaNya yang menagih syurga hakiki dan dapat memeriahkan lagi suasana sepanjang bulan ramadan.