Assalamulaikum dan salam sejahtera.... 9 Jun 2023, telah berlangsungnya gotong-royong bersama PIBG bagi membersihkan kawasan kelas bimbingan. Habuk yang tebal dan lantai yang kotor semuanya telah dibersihkan oleh ibu bapa dan guru sendiri. Kelas bimbingan ini juga telah mengalami banyak kerosakkan. Antaranya ialah, kipas. Hanya 1 sahaja kipas yang masih berfungsi. Oleh yang demikian, YDP PIBG, Encik Rahaman bin Ali telah menyumbangkan 2 buah kipas siling bagi kegunaan kelas bimbingan pada hari Sabtu ini. Tujuan pihak sekolah dan PIBG membersihkan kelas bimbingan ini adalah kerana, pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak yang berumur 6 hingga 7 tahun telah kembali beroperasi, setelah sekian lama ditutup semasa musim pandemic Covid 19. Program pendidikan awal kanak-kanak ini diadakan kerana, SK Pulau Tinggi tiada Pra-sekolah. Hal ini kerana, murid-murid yang bakal melangkah masuk ke Tahun 1, kebiasaannya tidak langsung mengenal huruf dan nombor. Bagi langkah mencegah murid terc...