Seperti yang sudah sedia maklum, Cikgu Raof juga akan mengikuti jejak langkah Cikgu Faizai untuk meninggalkan SK Pulau Tinggi yang tercinta ini. "Kerana terpaksa, aku relakan". Walau berat untuk melepaskan Cikgu Raof, tetapi pihak sekolah juga tetap akur akan kata putus daripada beliau. Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih di atas jasa dan bakti yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Semoga Cikgu Raof akan terus memperoleh kejayaan di tempat yang baru. 23 Jun 2016 merupakan hari terakhirnya di bumi Pulau Tinggi ini. Insya Allah, jika ada umur yang panjang, kita bersua lagi. Sedikit info tentang Cikgu Raof. Beliau memulakan langkahnya sebagai seorang pendidik pada Julai 2013 di sekolah ini dan meneruskan langkahnya dalam bidang ini ke Sabah pada Jun 2016. Gambar kenangan terakhir Cikgu Raof di SK Pulau Tinggi Sedih Cikgu Megat untuk melepaskan Cikgu Raof. Mana tidaknya, Cikgu Raof, Cikgu Megat dan Cikgu Aizat merupakan rak...