Pada 24 September 2025, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi. Majlis ini diadakan sebagai penutup kepada pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan kebangsaan dengan tujuan menyemai semangat patriotisme dalam kalangan warga sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan penutupan yang telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Shahir bin Shafie , Penolong Kanan 1 SK Pulau Tinggi. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua guru dan murid yang telah bersama-sama menjayakan program sambutan bulan kebangsaan. Beliau juga menekankan pentingnya memelihara semangat kecintaan terhadap negara dalam diri generasi muda agar Malaysia terus maju dan sejahtera. Seterusnya, majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang telah diadakan sepanjang sambutan bulan kebangsaan. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Shahir bin Shafie, Penolong Kanan 1 ...