Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2025

Program Jom baca bersama

 Pada 23 April 2025, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi (SK Pulau Tinggi) telah menyertai Program Jom Baca Bersama yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia . Program ini merupakan inisiatif tahunan bagi menyemai budaya membaca dalam kalangan murid dan warga sekolah sejajar dengan usaha membentuk masyarakat berilmu dan berfikir kritis. Program bermula tepat pada jam 11.00 pagi dengan pengumuman rasmi dan seruan membaca oleh pihak sekolah. Semua warga sekolah termasuk guru-guru, staf sokongan dan murid-murid mengambil bahagian dalam aktiviti membaca serentak selama 10 minit. Murid-murid membaca pelbagai jenis bahan bacaan seperti buku cerita, majalah, dan buku ilmiah mengikut minat masing-masing. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan malah berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang santai dan menyenangkan. Selain memupuk minat membaca, program ini juga bertujuan untuk mendidik murid tentang kepentingan menjadikan amalan membaca sebagai budaya harian. Program ini men...

MAJLIS SIMBOLIK PEMAKAIAN LENCANA JALUR GEMILANG

Pada 21 April 2025, satu majlis penuh bermakna iaitu Majlis Simbolik Pemakaian Lencana Jalur Gemilang telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi (SK Pulau Tinggi) . Majlis ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga sekolah serta menanam rasa cinta akan negara melalui simbol kebanggaan negara, Jalur Gemilang. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Jalur Gemilang oleh semua hadirin sebagai tanda hormat dan penghargaan kepada tanah air tercinta. Seterusnya, ucapan perasmian telah disampaikan oleh En. Ahmad Shahir bin Shafie, Penolong Kanan 1 SK Pulau Tinggi , yang menekankan kepentingan menghayati erti kemerdekaan dan menghormati lambang negara sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Kemuncak majlis adalah acara simbolik pemakaian lencana Jalur Gemilang kepada wakil murid dan guru-guru, sebagai simbol komitmen dan semangat patriotik dalam kalangan warga sekolah. Pemakaian lencana ini bukan sahaja sekadar ...

Kejohanan Merentas Desa MSSD 2025

 Khamis, 17 April 2025, telah berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah yang bertempat di SMK Tenggaroh. SK Pulau  Tinggi juga telah menghantar beberapa orang atlit bagi mewakili sekolah ke kejohanan tersebut antara murid yang terpilih adalah: 1. Ahmad Faiz bin Ahmad Shahir (Tahun 6) 2. Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5) 3. Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4) 4. Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3) Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada  atlit SK Pulau Tinggi. Walaupun tidak berjaya membawa pulang sebarang pingat. Namun semangat harus diteruskan dan perlu buat yang terbaik pada masa yang akan datang.

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Pulau Tinggi 2025

 Khamis ,10 April 2025 telah berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Pulau Tinggi. Seramai 23 orang peserta yang telah menyertai kejohanan pada pagi ini. Acara bermula dengan senamrobik yang telah diketuai oleh Encik Shahril Arimi bin Noor Azli dan Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz .Encik Muhammad Hamzi bin Esahal, PK Kokurikulum SK Pulau Tinggi telah melepaskan para peserta merentas desa pada hari ini.