Isnin -23 September 2024. Selesai sudah program Sambutan Bulan Kebangsaan SK Pulau Tinggi bagi tahun 2024. Sambutan pada kali ini dengan bertemakan "Malaysia Madani, Jiwa Merdeka" telah bermula pada awal bulan Ogos yang lalu sehingga ke hari ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, Encik Othman Bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi. Antara tujuan sambutan Bulan Kebangsaan ini diadakan setiap tahun adalah untuk meningkatkan semangat cinta akan negara kepada semua warga SK Pulau Tinggi. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dilaksanakan sepanjang program sambutan ini diadakan. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada kesemua murid SK Pulau Tinggi yang telah menyertai aktiviti dan pertandingan sepanjang berlangsungnya sambutan ini. Kepada murid yang tidak berjaya dalam meraih hadiah pada kali ini, jangan mudah berputus asas dan cuba yang terbaik pada masa yang akan datang. Majlis Pelancaran Pertandingan Mewarna Pertandingan Reka Cipta Pertandingan Mendeklamasi Saja...