Rabu- 24 Julai 2024. SK Pulau Tinggi telah menerima kunjungan daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Johor (JPJ) bagi menyempurnakan Program Sekolah Angkat Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Johor. Turut hadir Yang Berbahagia, Tuan Azmil Bin Zainal Adnan, Pengarah JPJ Negeri Johor, Tuan Mohd Edir Bin Sanip, Timbalan Pengarah JPJ Negeri Johor, Tuan Hj. Saiful Bin Atan, Pegawai Pendidikan Daerah Mersing, Tuan Abdul Razak Bin Kadir, Ketua Cawangan JPJ Daerah Mersing. Encik Othman Bin Taib mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak JPJ yang telah hadir dan memilih SK Pulau Tinggi sebagai salah sebuah Sekolah Angkat pada kali ini. Antara aktiviti yang telah berlangsung sepanjang program pada hari ini adalah : Sukaneka Taklimat keselamatan oleh pihak JPJ Taklimat daripada pihak maritim Majlis Pelancaran Program Sekolah Angkat Gimik Pelancaran Program yang telah ditandatangani oleh : Yg Bhg. Tuan Azmil Bin Zainal Adnan, Pengarah JPJ Negeri Johor Ucapan Perasmian oleh Yg ...