Assalamualaikum dan salam sejahtera... 13 Disember 2023 telah berlangsungnya Kempen Cegah Rokok dan Vape di Kantin Sekolah Pulau Tinggi. Majlis pada hari ini telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Shahir bin Shafie, GPK Pentadbiran SK Pulau Tinggi. Majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan penyampaian ceramah tentang bahaya rokok dan vape yang disampaikan oleh Encik Muhamad Aizat bin Lukman, GPK Hal Ehwal Murid SK Pulau Tinggi. Semoga dengan adanya usaha seperti ini, dapatlah kita memberi pendedahan kepada murid-murid di SK Pulau Tinggi supaya mereka tidak akan terjebak dan ketagih dengan penggunaan rokok dan vape pada masa akan datang. Gimik Perasmian Kempen Cegah Rokok Dan Vape