Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ini 15 September 2020. SK Pulau Tinggi telah menerima kunjungan daripada wakil Pensyarah Kanan UiTM. Pada kali ini Dr. Azianti binti Ismail, Pensyarah Kanan UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang telah membawa dan menyumbang 10 buah komputer (all in one PC)dan kelengkapan ICT kepada pihak SK Pulau Tinggi. Tuan Guru Besar , Encik Othman bin Taib amat berbesar hati diatas sumbangan yang diberikan. Tidak lupa juga kepada Tuan Pengerusi PIBG, Encik Rahaman bin Ali (Tok Mok) kerana telah menyumbang bot untuk membawa barang sumbangan dari Tanjung Leman ke Pulau Tinggi. Pihak sekolah amat berterima kasih dan terharu terhadap usaha Dr. Azianti dan pasangannya dalam mendapatkan kemudahan komputer untuk anak-anak murid di SK Pulau Tinggi. Beliau sanggup ke Seri Kembangan, Selangor untuk membawa 10 buah komputer daripada Syarikat E-Content (M) Sdn. Bhd. sehinggalah tibanya di Pulau Tinggi pada hari ini. Jasa baik Dr. Azianti dan suaminya hanya Tuh...