Assalamualaikum dan salam sejahtera... Sebelum pembukaan sekolah kepada murid-murid... Guru-guru telah bergotong-royong menyediakan tempat dan kawasan bagi mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian. Persediaan tempat dimulai dengan kawasan kantin sehingga ke bilik darjah. Proses-proses kerja terdiri daripada plan laluan sehala, menampal poster, menyusun kerusi meja mengikut jarak yang telah ditetapkan dan sebagainya. Semoga dengan adanya prosedur seperti ini dapatlah kita bersama-sama berjaga-jaga agar dapat terhindar daripada penyakit covid-19. Proses Membina Sinki