Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini telah berlangsungnya ceramah awal remaja yang telah disampaikan oleh 2 orang penceramah, iaitu Puan Yuziami dan Encik Ahmad Shahir. Antara tujuan program ini dijalankan adalah untuk * Memberi pendedahan kepada murid-murid dalam menempuhi alam remaja. * Dapat membuat persediaan diri dengan lebih awal untuk menempuhi alam remaja dengan penuh yakin. * Dapat menerima dan memahami akan perubahan fizikal, mental dan emosi diri dengan sebaik mungkin. * Tahu menjaga keselamatan diri dan menjaga adab sopan. * Tahu menjaga kebersihan diri dan kesihatan diri dengan sempurna.