Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan SKPT 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera, MERDEKA! MERDEKA!! MERDEKA!!! Pertama sekali syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya negara kita Malaysia kekal terus aman dan bebas merdeka daripada penjajah. Bagi sambutan bulan kemerdekaan kali ke 62 ini dengan bertemakan "Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih" . SK Pulau Tinggi telah melancarkan perasmian sambutan bulan kemerdekaan bagi peringkat sekolah pada hari ini bersamaan hari Isnin 19 Ogos 2019. Majlis hari ini telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Shahir bin Shafie, GPK 1 SK Pulau Tinggi. Pelbagai aktiviti yang telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu daripada Unit Panitia Sejarah, Encik Abdul Raqib bin Md Hanipah selaku penyelaras program. Antara objektif program ini adalah: 1. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa murid-murid sekolah supaya      terus kekal sehingga remaja dan dewasa. 2. Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan....

Majlis Restu Ilmu Murid Tahun 6

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pertama sekali pihak sekolah mengucapkan selamat kembali ke sekolah, setelah bercuti selama seminggu bersempena dengan sambutan hari raya aidil adha. Pihak sekolah mengharapkan agar murid-murid dapat memanfaatkan masa terluang dengan perkara-perkara yang berfaedah, insyaAllah. Hari ini 18 Ogos 2019 telah berlangsungnya majlis restu ilmu untuk murid tahun 6 yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi. Calon UPSR pada tahun ini hanya seorang iaitu Nor Hayati Suhana Binti Saballudin. Antara pengisian dalam majlis restu ilmu ini adalah, guru-guru telah menyampaikan ucapan dan seterusnya memberikan tips terakhir bagaimana cara untuk menghadapi peperiksaan yang besar. Banyak perkongsian tips yang telah guru-guru sampaikan kepada calon UPSR. Semoga dengan penyampaian tips tersebut sedikit sebanyak dapat membantu adik Nor Hayati untuk lebih bersedia menghadapi UPSR. Semoga hasil titik peluh guru mendidik dan mengajar ...

Program Sifar Murid Cicir & Program Sakinah Warga Industri 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pada 7 Ogos 2019 semalam, SK Pulau Tinggi telah menerima kunjungan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Yayasan Pembangunan Keluarga Johor Darul Tak'zim, dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Antara tujuan kunjungan tersebut adalah untuk menjayakan dua program besar iaitu "Program Sifar Murid Cicir" dan " Program Sakinah Warga Industri" 2019. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd helmi bin Dato' Haji Sha'ri @ Shanggari, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Tak'zim. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan, antaranya adalah, penyampaian sumbangan kepada murid-murid SK Pulau Tinggi. Selain itu, ceramah motivasi dan kunjungan mesra ke rumah ibu bapa murid-murid SK Pulau Tinggi. Dengan adanya program seperti ini, sedikit sebanyak dapat memberi gambaran dan pengalaman kepada pihak atasan mengenai situasi sebenar yang b...