Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini 31 disember 2018 telah berlangsungnya taklimat awal persekolahan, pendaftaran murid tahun 1 dan penyampaian sumbangan barangan sekolah kepada murid-murid. Taklimat pada harini diketui oleh En. Ahmad Shahir selaku GPK 1. Alhamdulillah pada tahun ini SKPT telah menerima seramai 4 orang murid tahun 1. Antara intipati penyampaian taklimat pada pagi tadi adalah berkenaan tentang : 1.Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), 2.taklimat Hal Ehwal Murid, 3.taklimat aktiviti Kokurikulum, PAJSK dan Segak. 4.unit disiplin. Etika pemakaian murid sekolah. 5. Taklimat skim pinjaman buku teks. 6. Dan taklimat unit peperiksaan. Kemudian, selepas taklimat, penyampaian sumbangan barangan sekolah seperti beg telah disempurnakan oleh En. Ahmad Shahir GPK 1 yang mewakili Tuan Guru Besar SKPT. Jutaan terima kasih kepada pihak Bank Rakyat kerana telah memberi sumbangan kepada pihak sekolah untuk murid-murid SKPT. D...