30 Mei 2018. Unit beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah telah menjalani aktiviti kerohanian. Aktiviti ini telah dilaksanakan di bilik mesyuarat SKPT. Guru yang terlibat adalah En. Muhamad Aizat bin Lukman, En. Abdul Raqib bin Md Hanipah dan En. Megat Idra Izwan bin Mohamed Nazazi. Antara pengisian dalam aktiviti tersebut adalah berkenaan dengan ibadah dan tarawih. Semoga apa yang disampaikan sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan oleh murid-murid SKPT.