Hari ini, seorang lagi warga pendidik SK Pulau Tinggi akan berpindah. Hari ini, 26 Januari 2017 (Khamis), merupakan hari terakhir Encik Hisyam berkhidmat di SK Pulau Tinggi. Beliau akan memulakan khidmatnya di SK Pulau Pemanggil bermula 5 Februari 2017 nanti. Meskipun hanya menabur bakti lebih kurang satu bulan sahaja, warga SK Pulau Tinggi, khususnya tetap merasai kehilangan seorang warga pendidik yang berkaliber. Dikesempatan ini, selepas tamat waktu persekolahan, pihak sekolah mengadakan majlis ringkas bagi meraikan beliau. Terakhir, pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Hisyam di atas bakti yang dicurahkan dan sumbangan yang diberikan walau hanya seketika, demi membangunkan potensi anak-anak didik SK Pulau Tinggi. Semoga Encik Hisyam memperoleh kecemerlangan di tempat yang baru.