Skip to main content

Program Jiwa Murni Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan CIDB di SK Pulau Tinggi

Pada 9 hingga 11 Februari 2017 yang lalu, pasukan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dengan kerjasama daripada pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah menganjurkan Program Jiwa Murni, di mana Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi menjadi lokasi pilihan pihak penganjur untuk melaksanakan program ini. Berikut adalah sedikit laporan ringkas aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung.

PROGRAM         : Program Jiwa Murni

ANJURAN          : Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

PESERTA            : Anggota TLDM cawangan Johor, pasukan simpanan TLDM KD Sri Medini dan anggota CIDB cawangan Johor Bahru. 

TARIKH              : 9 Februari 2017 - 11 Februari 2017

LOKASI              : Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi, Mersing, Johor.


RINGKASAN LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM JIWA MURNI

HARI PERTAMA (09 FEBRUARI 2017)

Peserta rombongan pertama, iaitu pasukan simpanan TLDM Kem Sri Medini tiba di Jeti Kampung Tanjung Balang

Peserta lelaki rombongan pertama yang tiba disambut dan disapa mesra oleh guru-guru SK Pulau Tinggi

Guru-guru sedang beramah mesra dengan peserta rombongan

Peserta rombongan kedua iaitu anggota TLDM dan CIDB tiba di Jeti Tanjung Balang
Tuan Guru Besar menyambut ketibaan para peserta program di jeti

Peserta rombongan sedang sibuk membuat kerja-kerja pemunggahan barang

Kerja-kerja memunggah barang dari bot ke jeti sedang dilakukan

Peserta rombongan mengangkut barangan dari jeti ke sekolah

Peserta rombongan bergerak menuju ke sekolah bersama barangan keperluan mereka

Peserta rombongan program yang telah tiba di sekolah dan bersiap sedia menunggu arahan

Tuan Guru Besar, Encik N. Aniham mengucapkan kata-kata aluan dan memberikan sedikit taklimat berkaitan tentatif program dan serba sedikit maklumat sekolah

Guru Besar bersama beberapa orang penyelaras program sedang berbincang mengenai tugasan yang akan dilakukan

Perbincangan di tapak projek
Projek mengecat pagar sekolah bermula


Para peserta tekun mengecat pagar sekolah

Peserta program membersihkan kawasan pantai di hadapan sekolah

Aktiviti riadah di waktu petang di kawasan perumahan guru



Para peserta rombongan menyertai program bacaan Surah Yaasin di Masjid Pulau Tinggi bersama komuniti Pulau Tinggi

Para peserta bersalaman selepas solat Isyak berjemaah

Para peserta dan komuniti Pulau Tinggi menikmati juadah yang disediakan

HARI KEDUA (10 FEBRUARI 2017)

Para peserta program sedang mencantas pokok yang telah rimbun


Para peserta sibuk membuat persiapan majlis penutup Program Jiwa Murni




SEKITAR MAJLIS PENUTUP PROGRAM JIWA MURNI

Majlis bermula dengan ucapan daripada saudara dan saudari pengacara majlis
Doa dibacakan oleh Encik Ahmad Shahir, agar majlis penutup malam ini diberkati Illahi
Para tetamu mengaminkan bacaan doa

Ucapan daripada wakil TLDM

Ucapan daripada wakil CIDB

Ucapan Tuan Guru Besar, selaku tuan rumah 

Ucapan perasmian penutup oleh Encik Rahaman, ketua Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi
Encik Rahaman, mewakili komuniti Kampung Tanjung Balang, menerima cenderamata daripada wakil TLDM

Encik Rahaman, mewakili komuniti Kampung Tanjung Balang, menerima cenderahati daripada wakil CIDB

Tuan Guru Besar, mewakili SK Pulau Tinggi menerima cenderahati daripada wakil CIDB
Wakil TLDM menerima cenderamata daripada Tuan Guru Besar, mewakili SK Pulau Tinggi

Wakil CIDB, menerima cenderamata daripada Tuan Guru Besar, mewakili SK Pulau Tinggi
Warga sekolah bergambar kenang-kenangan bersama peserta-peserta program dari pasukan TLDM
Warga sekolah bergambar kenang-kenangan bersama peserta-peserta program dari pasukan CIDB

Dari meja VVIP


Antara tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis malam ini, terdiri daripada komuniti Kampung Tanjung Balang

Para peserta program sibuk berbarbeku


Pagar sekolah yang telah bertukar warna. Kini tampak lebih ceria


Pentas sekolah juga tampak ceria dengan warna yang baru

Pihak sekolah mengalungkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada para peserta Program Jiwa Murni yang terdiri daripada pasukan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), bersama anggota simpanannya, iaitu anggota KD Sri Medini dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kerana sudi memilih SK Pulau Tinggi sebagai lokasi pelaksanaan program ini. Pihak sekolah memohon kemaafan daripada pihak-pihak yang terlibat, sekiranya terdapat kekurangan dan kekangan sepanjang pelaksanaan program ini.

#credit jurugambar : Encik Megat Idra Izwan Mohamed Nazazi


Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Kelab Rukun Negara : Melukis Logo Kelab

TARIKH          : 07 FEBRUARI 2017 (SELASA) MASA             : 01:00 PM - 01:30 PM LOKASI          : PUSAT SUMBER SEKOLAH GURU BERTUGAS : 1) ENCIK MUHAMMAD HAMZI                                     2) ENCIK MEGAT IDRA IZWAN Murid-murid tahap II tekun menghasilkan logo kelab Cikgu Hamzi sedang mengendalikan aktiviti bersama murid-murid tahap II yang hadir hari ini Adha sedang menyiapkan logo mengikut kreativitinya Ali sedang fokus menyiapkan logo kelab rekaannya lakaran logo yang dihasilkan hampir siap, tunggu untuk diwarnakan sahaja Cikgu Megat sedang menyediakan laporan pelaksanaan aktiviti

Anak Pulau ke Menara Gading

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hasmidah binti Sata. Nama yang tidak asing lagi di bumi Pulau Tinggi. Beliau merupakan murid cemerlang dan menjadi kesayangan guru-guru di SK Pulau Tinggi. Hasmidah atau nama panggilan beliau "Ara" pernah bersekolah di SK Pulau Tinggi pada tahun 2012 hingga tahun 2017. Beliau juga pernah menjadi ketua pengawas yang disengani oleh murid-murid yang lain. Antara aktiviti pada waktu lapang, beliau sering ke perpustakaan untuk membaca buku. Usaha beliau untuk menimba ilmu pengetahuan tanpa arahan guru dan sering bertanya soalan amat perlu dicontohi oleh murid-murid pada hari ini. Begitulah sedikit sebanyak latar belakang tokoh pelajar cemerlang SK Pulau Tinggi, Hasmidah binti Sata. Pada hari ini, beliau telah membuktikan bahawa anak nelayan dan anak pulau juga boleh berjaya dalam pelajaran. Beliau telah berjaya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma di Universiti Awam Malaysia iaitu Universiti Teknologi Mara, (UiTM)

Perkhemahan Pengakap SK Pulau Tinggi 2023

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... 15 November 2023 telah berlangsungnya Perkhemahan Pengakap peringkat sekolah, Anjuran Unit Ko Kurikulum SK Pulau Tinggi. Perkhemahan pada kali ini telah dirasmikan oleh Encik Othman bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi dan akan dilaksanakan selama 3 hari 2 malam bermula pada 15 November dan tamat pada 17 November 2023. Seramai 11 orang murid yang telah mendaftar bagi menyertai perkhemahan pada kali ini, iaitu terdiri daripada murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.  Alhamdulillah, perkhemahan pada kali ini telah mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa. Pihak sekolah amat berbesar hati dan berterima kasih kepada ibu ibu yang sudi hadir membantu guru-guru dalam menyediakan makanan kepada para peserta perkhemahan. Persiapan tapak perkhemahan LDK 1 Ikatan dan simpulan LDK 2 Membina Gajet LDK 3 Masakan Rimba Sekalung Penghargaan buat ibu ibu yang hadir menyediakan makanan buat peserta perkhemahan Makan malam LDK 4 : Kraftangan Solat Maghrib